Jumaat, 25 Mac 2011

TERAKHIR KALI....


Malam terakhir kami bersama...

2 march 2011..

Dalam asyik membaca novel.. aku dapat panggilan dari ayah mengatakan mak sedang sakit tenat.. aku terus siap lepas cakap dengan ayah ditalifon.. aku menanti kedatangan adik untuk menjemput aku pulang.. tepat jam 7 adik dan kawan dye pown sampai dan kami bertolak pulang.. dalam perjalanan pulang, aku dapat satu mesej dari sepupu yang mengatakan “ kak, da ucap takziah.. kak kuatkan semangat yer.. da mybe esok sampai kedah..” mesej itu membuat aku tidak senang duduk.. dalam otak fikiran aku berligar2x memikirkan ayat takziah itu.. mengapa ucapan takziah?? Mengapa?? Sedangkan ayah gtaw mak sakit tenat.. apa yang jadi?? Apa yang tak kena?? Aku kuatkan hati, aku terus tanya kepada adik.. “kenapa dengan mak sebenarnya?? Kenapa Da ucap takziah?? Kenapa?? Apa dah jadi??” adik aku hanya membisu dan menjawab.. “ nnt balik kak tengk laa sendiri..” aku masih tak senang duduk.. selagi aku tak tahu aku lagi serabut.. aku terus memaksa adik beberapa kali untuk memberitahu.. akhirnya adik meminta kawan dia yang memberitahu aku.. kawan dye kata “mak dah tak ada.. dalam pukul4 lebih tadi mak dah pergi..” lepas dengar saja satu2x butir perkataan yang keluar dari mulut kawan adik... aku terus  terdiam.. aku terapai2x.. aku kini sendirian.. aku rasa kosong.. air mata tidak henti dari terus keluar... walaupun aku tahan, dye tetap keluar.. dalam kereta aku menangis teresak- esak, walaupun aku sedar ada mata-mata yang memerhati.. tapi aku.... aku lemah untuk bertahan... hanya Allah tahu betapa peritnya rasa.. kemudian adik menoleh ke arah belakang dan lapkan air mata aku.. aku biarkan tanpa berkata apa-apa.. aku kaku.. buntu.. hanya mulut aku tak berhenti berdoa moga Allah kuat dan tabahkan aku bila sampai di rumah.. selepas itu kami terus ke tempat kerja along, untuk mengambilnya pulang.. di dalam kereta, suasana sunyi dan sepi.. nak saja aku memeluk along.. tapi aku tak mampu, kerana along masih tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya...

Dalam pukul7 lebih, aku sampai diperkarangan rumah bersama adik dan along... ramai orang dirumah, baik lelaki mahupun perempuan.. lelaki dengan sokong dan baju melayunya.. perempuan dengan baju kurung dan tudungnya.. melangkah saja masuk ke rumah, ayah menyambut di depan tangga.. wajah ayah tenang, tapi penuh dengan tangisan yang siapa pown tak nampak.. aku kuatkan hati, memeluk ayah dan terus melangkah masuk ke rumah.. bila kaki aku memijak lantai rumah, aku nampak ramai sanak saudara.. yang pasti mata aku tidak tertarik pada itu.. mata aku tertumpu pada kain berwarna putih yang mereka sedang gunting.. aku terus lemah.. aku kaku.. aku kuat jugak terus melangkahkan kaki ke bilik mak, alangkah tersentuhnya aku melihat tubuh kaku ibu berbaring ditutupi dengan kain.. setabah mana pown aku, akhirnya air mata berlinangan jugak.. di samping aku along sedang menangis teresak-esak.. diujung katil, tok aku dan adik aku juga sedang menangis teresak – esak.. di samping mak aku, kak long (sepupu) sedang menbaca yasin.. aku hanya mampu berdoa kuatkan aku hadapi hari-hari mendatang.. aku terus memeluk tok aku.. terdiam aku di dalam pelukan tok aku.. hanya Allah tahu bertapa sayu dan syukurnya aku.. tanpa berlengah aku terus salin baju dan mengambil air sembahyang dan membaca yasin di samping ibu tercinta.. saat itu aku hanya memohon Allah kuatkan aku.. sepanjang malam aku di samping mak.. aku membaca yasin dan terus2xan menbaca yasin.. malam itu juga, di waktu sunyi dan sepi, jam menunjukkan pukul12.00 malam, sekali lagi aku menbaca yasin.. aku kumpulkan segala kekuatan untuk memulakan bacaan yasin.. kerana waktu itu suasana di dalam bilik, sunyi dan sepi, angin kuat dan sejuk.. selesai membaca yasin, aku ambik bantal dan baring di sebelah mak, aku nak tido dengan mak, aku nak tengok mak sepuas2x nya... kerana aku sedar, itu adalah malam terakhir aku bersama mak, malam terakhir aku melihat mak, malam terakhir aku merenung wajah mak, malam terakhir aku luahkan segala rasa buat mak dan malam terakhir aku memengang mak..

Keesokannya...

3 march 2011...

gembiranyaa aku bangun tido, dan buka saja mata, mak masih disisi dan aku boleh melihat mak.. pagi itu aku bangun awal dan mandy.. siap2x, sarapan then aku bacakan surah yasin wat terakhir kali wat mak.. aku gembira..

Pagi itu aku sangat sibuk.. ke hulu ke hilir.. cari itu dan cari ini.. cukup masa untuk detik itu... ada seorang mak cik panggil aku.. dalam menuju jalan ke bilik mak, di ruang tamu, dapur dan halaman rumah penuh dengan sanak saudara dan kawan2x mak, ayah, adik dan abang... semua perhatikan langkah aku.. sambil berbisik sesama sendiri.. dan aku terfikir apa yg sedang mereka katakan.. tapi aku biarkan saja... sampai jaa dalam bilik, penuh dengan adik beradik bersiap untuk angkat jenazah mak ke dapur untuk dimandikan.. dan aku membontoti mereka ke dapur.. aku diberi ruang disamping jenazah mak, pagi itu, pagi terakhir aku mandikan mak.. terakhir melihat senyuman mak.. terakhir menyentuh tubuh mak.. aku mandikan mak bersama-sama saudara yang rapat dengan mak.. selepas siap mandi dan mengelap badan mak, aku ambilkan air sembahyang buat mak.. aku tahan air mata dari mengalir.. kerana aku sedar, detik itu akan berakhir sebentar lagi.. kemudian aku pakaikan baju putih itu pada tubuh mak.. aku ikatkan rambut mak, pakaikan telekung dan kain pada mak.. selepas siap, aku panggil ayah, along, angah, adik sham dan adik izzat... aku cium dahi dan pipi mak.. diikut adik beradik aku.. aku duduk dihujung kaki mak dan aku perhati wajah ayah, along, angah dan adik2x aku yang sedang tahan air mata.. aku hanya mampu berdoa kuatkan kami sekeluarga...

Lepas siap semua, jenazah mak dibawa ke ruang tamu.. satu demi satu lapisan kain membaluti tubuh mak.. semuanya serba putih.. betapa sucinya tubuh itu ditambah dengan senyuman.. aku gembira melihat wajah itu.. selepas semuanya selesai, wat kali terakhir aku mencium wajah mak.. setelah itu semua kaum adam masuk untuk sembahyang.. siap sembahyang, jenazah mak dimasukkan ke dalam keranda.. 

Aku hanya duduk di hadapan rumah dan memerhati keranda itu dibawa masuk ke dalam van.. terasa sayu.. sunyi.. dalam hati aku hanya memangil “mmmaaakkkkk.........’’ aku turut serta masuk ke dalam van bersama2x ayah, adik2x dan abang2x aku.. kini aku disamping keranda jenazah mak.. dalam van, aku terlihat wajah yang aku tertunggu-tunggu... babah.... ibu perlukan babah... ibu lemah.... kemudian van mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah menuju ke kubur...

Selepas sampai kubur, semuanya telah siap sedia... jenazah mak dimasukkan ke dalam kubur dengan baik sekali.. dan ditambun.. saat itu adalah saat terakhir aku melihat tubuh itu biar pown dibaluti kain putih.. aku gembira... selepas siap tambun tanah, bacaan doa pown bermula... di atas kerusi besar itu, di belakangi orang-orang masjid, aku terlihat tubuh itu.. tubuh itu menundukkan kepala.. tuduh itu mengelap air mata.. tubuh itu sangat sedih.. tubuh itu adalah ayah.. seorang ayah sedang melarikan kesedihannya dari anak-anak.. seorang ayah yang bersembungi belakang orang untuk mengelap air matanya... seorang suami yang begitu kuat dan tabah menerima permergian isteri tercinta... isteri yang berkongsi suka duka, gelak ketawa, gurau senda bersama dye hampir setengah abad umurnya, dan hampir suku abad usia perkahwinan mereka... seorang suami yang pasrah dan redha menerima ketentuan Allah dengan rela hati dan bersyukur... ayah ada bersuara dan menangis atas paha mak long(kakak ayah) dan berkata “ macam mana Lan nak teruskan hidup tanpa Inah, sape nak jemput Lan dan depan pintu setiap kali balik kerja, sape nak masak untuk Lan dan jaga makan minum Lan anak beranak.. Lan tak kuat kak.. Lan tak bersedia.. sebelum nie biarpown Inah sakit, Lan sampai umah ja buka pintu terus nampak Inah.. lepas nie tak daa dah kak.. macam mana Lan dengan anak-anak.. Macam mana Lan nak jaga anak-anak tanpa Inah.....” itulah luahan kata hati seorang ayah....
Selepas semuanya siap, seorang demi seorang meninggalkan kubur... dan tinggallah mak sendirian disitu...

Sedekahkan AL-FATIHAH buat arwah ibu saya....

Semoga mak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan solehah.. amin ya robal ngalamin... amin....

SEKIAN MALAM TERAKHIR KAMI BERSAMA.....

2 ulasan:

Shafiq Hashim berkata...

Sabar, Sabar Dan Terus Bersabar Iel, Allah Sentiasa Menguji Umatnya Yang Sabar..Al-Fatihah..

sukasukisaja berkata...

iya.. thanks syafiq.. :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...